watermark logo

17 Views· 16 September 2022

Laksa Utara Resepi Mak Che Nom

Advertisement

Advertise With Vidude


Indira5437
Subscribers

Kali ni Che Nom nak masak menu special resepi dari bonda Che Nom sendiri iaitu laksa utara versi laksa kedah. Masakan ni tak terlalu rumit dan tak guna bahan yang banyak sangat.Cuma yang penting..bahan-bahan nya nya mestilah fresh, terutama sekali ikan. Che Nom biasanya akan masak kalau ada ikan kembung yang fresh, yang belum masuk peti beku lagi sbb manis semulajadi ikan tu yang akan sedapkan kuah laksa. Resepi laksa Kedah ni lah yang mak Che Nom masak untuk buat jualan lama dulu.

//Bahasa Melayu
----------------------------------------
Bahan-bahan untuk ikan rebus:
1 kilo ikan kembung/selayang(sardin)
1 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
Air secukupnya

Bahan untuk kisar halus:
4-5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15-20 biji cili kering
½ mangkuk kecil ikan bilis
sedikit air panas
1 inci belacan

Bahan-bahan lain untuk kuah:
1 batang bunga kantan
1 ikat daun kesum
2 keping asam gelugur
Air secukupnya untuk kisar

Bahan-bahan sampingan:
1 batang timun
2 biji bawang besar
Cili padi
Daun salad
Telur rebus
Limau nipis

//English
--------------------------------------

Ingredients for boiled fish:
1 kilo of mackerel/scad fish
1 shallot
2 cloves garlic
2 pieces tamarind slice

Ingredients for fine grind:
4-5 shallots
3 cloves garlic
1 red onion
15-20 dried red chillis
½ small bowl of anchovies
Some hot water
1 inch fermented shrimp paste

Other ingredients for gravy:
1 stalk of torch ginger flowers
1 bunch of vietnamese coriander leaves
2 pieces of tamarind slice
Enough water to grind

By-products:
1 cucumber
2 red onions
Bird's eye chilli
Salad leaves
Boiled eggs
Lime

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #laksa

Show more


Up next

Advertisement

Advertise With Vidude


0 Comments