watermark logo

0 Views· 15 September 2022

Resepi Ayam Paprik | Try Masak | iCookAsia

Advertisement


JordanGood
Subscribers

Dapatkan resipi penuh Ayam Paprik di: http://www.icookasia.com/ayam-paprik/

Bahan-bahan

300 gram ayam dipotong kecil
1 cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu pes cili
3 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
3 helai daun limau purut
2 biji jagung muda dipotong kasar
sedikit brokoli
setengah biji tomato
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat

1. Ketuk dan cincang halus bawang putih dan hiris halus bawang merah serta halia.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah dan halia

3. Setelah layu, masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.

4. Selepas itu, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan sos tiram, diikuti dengan kicap manis dan ayam.

5. Kacau sebentar dan masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan daun limau purut dan sos cili.

6. Kacau dan tutup kuali. Biarkan hingga ayam masak dan pecah minyak.

7. Setelah itu, masukkan garam, tomato, jagung muda dan akhir sekali brokoli. Kacau hingga sebati, tutup kuali, biarkan hingga bahan-bahan tadi empuk dan sedia untuk dihidang.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Show more


Up next

Advertisement


0 Comments