watermark logo

1 Views· 16 September 2022

Brownies Kedut dan 5 TIPS dapatkan kedut yang konsisten.

Advertisement

Advertise With Vidude


Indira5437
Subscribers

Siapa yang suka makan brownies, tapi bila buat brownies susah sangat nak jadi kedut? Ha cepat angkat tangan. Che Nom pun sama mcam tu juga dulu, sekejap jadi sekejap tak jadi. Kalau jadi pun alahhh setompok kecik aje kedut,memang frust lah. Kemudian Che Nom nekad untuk cuba banyak kali sampailah dapat permukaan kedut yang konsisten setiap kali bakar brownies.

Brownies ni adalah kek coklat yang bantat sebenarnya dan org kita sangat lah obsess dengan kedutan brownies, ibarat kalau tak kedut tu tak happy. Dari segi tekstur, ada yang gemar sedikit lembut mcm kek, dan ada yang suka jenis moist, padat dan fudgy. Che Nom akan tunjuk semua yang and perlu tahu untuk hasilkan brownies yang bukan sahaja kedut, tapi rasa pun premium.
Nak tau tips dan cresepinya nya..jom lah layan video ni.

Saiz loyang 9inci x 9inci
Suhu 135°C-140°C
Masa 30-40 minit
Panas Oven ATAS BAWAH

NOTA PENTING: Jika suka brownies yang fudgy, guna tepung gandum dan kurangkan masa pembakaran.

//Bahasa Melayu
------------------------------
350g coklat gelap
150g mentega tak bergaram
130g tepung naik sendiri
20g serbuk koko
3 biji telur, saiz A atau B
150g gula perang
1 sudu kecil esen vanila
3-4 sudu kecil kopi espresso
¼ sudu kecil garam

//English
-------------------------------
350g dark chocolate
150g unsalted butter
130g self raising flour
20g cocoa powder
3 eggs, size A or B
150g brown sugar
1 teaspoon vanilla essence
3-4 teaspoons espresso coffee
¼ teaspoon salt

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom

Show more


Up next

Advertisement

Advertise With Vidude


0 Comments