1 Views· 16 September 2022
Rendang Ayam Raya, Rempah Home-made
Kali ni Che Nom nak share cara untuk masak rendang Ayam yang cukup pekat, sedap, wangi dan sgt sesuai sangat untuk kita hidang Bersama dengan ketupat ataupun lemang di hari raya.
Rendang ni CN masak dengan cara menumis dan reneh dengan api yang perlahan sampai masak pecah minyak. Bahan special untuk sedapkan lagi rasa tu ialah rempah kering yang disangai. Kenapa kita sangai, sebab nak naikan aroma rempah, jadi lebih aromatic lah bau rendang.
Boleh bau sampai ke 2-3 buah rumah jiran sebelah.
///Bahasa Melayu
-------------------
Bahan-bahan kisar halus:
4 inci halia
4 ketul kunyit hidup
4 inci lengkuas
12-15 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
2 biji bawang merah besar
5 batang serai
8-10 tangkai cili padi
30-35 biji cili kering
7 biji buah keras
Bahan-bahan rempah sangai:
2 sudu besar biji ketumbar
1½ sudu besar jintan putih
1½ sudu besar jintan manis
Bahan-bahan lain:
2 cawan minyak masak
Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 cengkih)
2 ekor ayam
2 asam keping
3-4 cawan santan cair
2-3 cawan santan pekat
4-6 sudu besar kerisik
5-6 helai daun limau purut
garam secukup rasa
1-2 sudu kecil gula melaka
2 helai daun kunyit
//English
--------------------
4 inches ginger
4 pieces fresh turmeric
4 inches galangal
12-15 shallots
10 cloves garlic
2 red onions
5 lemongrass
8-10 stalks bird's eye chili
30-35 dried red chilli
7 candlenuts
Ingredients for toasted spices:
2 tablespoons coriander seeds
1½ tablespoon cumin seeds
1½ tablespoon fennel seeds
Other Ingredients:
2 cups cooking oil
4 spices (1 cinnamon stick, 2 star anise, 4 cardamom pods, 3 cloves)
2 chickens
2 pieces tamarind slice
3-4 cups light coconut milk
2-3 cups thick coconut milk
4-6 tablespoons toasted coconut paste
5-6 pieces kaffir lime leaves
salt to taste
1-2 teaspoon palm sugar (no video)
2 pieces turmeric leaves
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
0 Comments