1 Views· 16 September 2022
Sotong Sos Cili Thai
Assalamualaikum. Masakan Thai selalunya agak popular di kebanyakkan restoran dan menjadi kegemaran ramai. Jadi hari ni saya nak kongsikan resepi Thai iaitu sotong sos cili Thai. Terdapat pelbagai cara untuk memasak menu ni. Saya tunjukkan cara yang paling mudah untuk dibuat dan sangat sedap rasanya. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
300gm sotong
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
5-6 tangkai cili padi
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1/2 sudu besar air perahan limau
3 helai daun limau purut
1 batang daun ketumbar
1 sudu kecil Knorr Pasti Sedap
3-4 helai daun salad
1 biji tomato
Cara-cara:
1. Goreng sotong tanpa minyak untuk keluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
3. Masukan sos tiram dan sos cili Thai dan sedikit air.
4. Masukkan sotong, daun limau purut, daun ketumbar dan perahan air limau.
5. Perasakan dengan Knorr Pasti Sedap secukupnya. Siap.
6. Hidangkan bersama salad dan tomato
Saiz Hidangan: 2-3 orang
Masa Persediaan: 15 min
Masa Memasak: 20 min
Tahap Memasak: Rendah
www.nakmakanapa.com.my
@Knorr Malaysia
#KnorrPastiSedap #KnorrMalaysia #KnorrAje #MasakCaraSihatKnorr #Knorr30Hari30Resepi
#buatoranglapo
Subscribe 2nd Channel Buat Orang Lapo untuk behind the scene video - http://bit.ly/nazatul
Join this channel to get access to perks:
https://www.youtube.com/channe....l/UCdwV3w30mxpgm-M39
Instagram : http://bit.ly/insta-buatoranglapo
Facebook : http://bit.ly/fb-buatoranglapo
Twitter : http://bit.ly/twit-buatoranglapo .
.
Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee https://shp.ee/avd2zab
0 Comments