watermark logo

1 Views· 16 September 2022

Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah kedai punya!

Advertisement

Advertise With Vidude


Indira5437
Subscribers

Kali ni jom kita buat waffle! Che Nom ada resepi baru yang mantap untuk hasilkan waffle yang rangup di luar, tak padat dan lembut di dalam. Dulu Che Nom guna bancuhan yang sama untuk pancake untuk masak waffle, memang kurang sedap.
Dan kali ni juga, Che Nom nak test mesin waffle yang baru beli. Pertama kali nak guna. Lepas guna Che Nom akan review pro dan cons alat ni berdasarkan pengalaman sendiri.

Mula-mula kita sediakan buttermilk secara homemade menggunakan susu & lemon, kemudian guna kan buttermilk untuk buat adunan waffle. Cara bancuhan waffle pun sangat penting untuk elakkan hasil waffle kita keras dan tak menjadi sedap. Jadi, bukan sahaja resepi, cara pun kena bagi perhatian.
Akhir sekali kita masak adunan menggunakan waffle maker, sampai perang dan garing. Boleh dihidang dengan sos coklat homemade. Sedap sangat. Jimat pun jimat, satu rumah boleh makan.

// Bahasa Melayu
-----------------------------
Bahan waffle:
2 cawan susu krim penuh
2 sb jus lemon
2/3 cawan minyak jagung (boleh kurangkan kpd 1/2 cawan jika suka)
2 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 sb gula halus
1 sk serbuk penaik
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 1/2 sk esen vanila

Bahan sos coklat:
1 cawan kepingan coklat
1 sb mentega
1/4 cawan susu krim penuh

// English
-----------------------------
Waffle ingredients:
2 cups full cream milk
2 tbsp lemon juice
2/3 cup corn oil (may reduce to 1/2 cup if desired)
2 eggs
2 1/4 cup plain flour
1/2 cup corn flour
2 tbsp castor sugar
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1 1/2 tsp vanilla essence

Chocolate sauce ingredients:
1 cup chocolate compound
1 tbsp butter
1/4 cup full cream milk


Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Show more


Up next

Advertisement

Advertise With Vidude


0 Comments