watermark logo

1 Views· 16 September 2022

Ayam Masak Cili Kering

Advertisement

Advertise With Vidude


Indira5437
Subscribers

Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 minggu bekerja ni, dengan PDPR lagi… masing-masing takda masa sangat nak masak lauk yang complicated kan. Jom kita sediakan Ayam Masak Cili Kering. Resepi ni diadaptasi dari masakan Chinese style iaitu Ayam Sechuan tetapi dah di olah lah ikut bahan-bahan dan citarasa Che Nom sendiri.
Dari segi rasa, siapa suka makan pedas tu pasti akan suka rasa masakan ayam cili kering ni.
Ayam kita perap dan goreng garing, kemudian kita masak bersama bahan tumisan termasuk lah cili kering. Dan masakan ni Che Nom biasa hidang dengan telur goreng.

//Bahasa Melayu
------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan perapan ayam:
½ ekor ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan untuk kuah:
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
½ cawan air
1 sudu besar kicap pekat manis

Bahan-bahan lain:
Minyak masak
3 ulas bawang putih
1-2 biji bawang merah kecil
2 inci halia
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang
5 tangkai cili kering
Lada benggala
Sedikit air untuk kuah
Garam secukup rasa

//English
---------------------------------------------------------------
Chicken marinade ingredients:
½ chicken
1 teaspoon salt
1 teaspoon turmeric powder
½ teaspoon black pepper powder
1 tablespoon sweet soy sauce
1 tablespoon light soy sauce
1 tablespoon plain flour
1 tablespoon cornstarch

Ingredients for the gravy:
1 tablespoon cornstarch
2 tablespoons oyster sauce
½ cup of water
1 tablespoon sweet soy sauce

Other ingredients:
Cooking oil
3 cloves ogarlic
1-2 shallots
2 inches ginger
½ teaspoon black pepper powder
Green onion
5 stalks dried red chillies
Capsicum
A little water for gravy
Salt to taste

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom

Show more


Up next

Advertisement

Advertise With Vidude


0 Comments