7 Views· 16 September 2022
Lagu Kanak-Kanak Islam | Insya-Allah | Omar & Hana
Dalam episod kali ini, Papa mengajar Omar & Hana untuk menyebut "InsyaAllah" apabila kita berjanji. Papa juga telah berjanji untuk membawa Omar & Hana bermain layang-layang sekiranya Papa berjaya membaiki paip yang rosak. Dapatkah Papa menepati janji untuk bermain layang-layang bersama? Jom kita tonton lagu "InsyaAllah" :)
"Janganlah kamu mengatakan "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu nanti" kecuali dengan menyebut "Insya-Allah"
( Petikan Surah Al-Kahfi : Ayat 23, 24)
Ikuti perkembangan Omar & Hana di laman sosial :
https://www.facebook.com/OmarDanHana/
https://www.instagram.com/omardanhana
https://twitter.com/omardanhanaLailahaillaAllah
Jom nyanyi lagu " InsyaAllah" sama-sama!
LIRIK
Bila kita nak berjanji
Mari ucapkan Insya-Allah
Kerana kita tak pasti
Janji kita akan ditepati
Papa sedang berusaha
untuk baiki paip segera
Papa kena baiki
cepat-cepat baiki
Boleh main layang-layang nanti
Ucap Insya-Allah
Ucap Insya-Allah
Perlu berusaha menepati janji
Kita merancang Allah yang menentukan
Mari ucap insya-Allah
Omarkan sudah berjanji
Serta ucapkan Insya-Allah
Perlu usaha tepati
Janji yang telah diberi tadi
Mari Omar mari sini
Sudah jangan bermain lagi
Saya dah berhenti
Dan tidak main lagi
Maaf saya tak buat lagi
Ucap Insya-Allah
Ucap Insya-Allah
Perlu berusaha menepati janji
Kita merancang Allah yang menentukan
Mari ucap Insya-Allah
Mari ucap Insya-Allah
Mari ucap Insya-Allah
0 Comments