2 Views· 16 September 2022
Roti Puri Sambal Sardin, Tanpa Yis, Tanpa Telur.
Untuk resepi kali ini Che Nom nak tunjuk dua resepi yang sangat sesuai digabungkan bersama, iaitu Roti Puri dan Sambal Sardin. Tak perlu nak perkenalkan lagi, roti puri ni makanan yang berasal dari India. Kita uli dan perap doh sekejap, kemudian bulatkan dan uli sampai jadi doh bulat nipis kemudian goreng dalam minyak yang panas.
Hasil roti puri ni kulitnya lembut dan kembung berongga di tengah. Tak perlu guna yis ataupun telur..jadi bahan2 pun mudah lah. Sedap sangat kalau kita cicah dengan sambal sardine mengikut resepi yang Che Nom nak kongsikan di sini. Sambal sardine ni dimasak bersama sedikit tumisan rempah kari dan juga kentang yang digoreng, lebih sedap dan manis rasanya.
//Bahasa Melayu
-------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk Sambal Sardin:
Minyak masak
1 biji kentang
1 tin besar sardin
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari ikan
1 tangkai daun kari
1 biji tomato
Air untuk lebih berkuah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 biji bawang besar
6-8 tangkai cili padi
Bahan-bahan untuk Roti Puri:
2 cawan /250g tepung gandum
1 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar menimbun majerin
Air secukupnya
//English
———————————————————
Ingredients for Sardine Sambal:
Cooking oil
1 potato
1 large can of sardines
3 shallots
3 cloves garlic
1 inch ginger
3 tablespoons chilli paste
1 tablespoon fish curry spices
1 stalk of curry leaves
1 tomato
Water for more gravy
Salt to taste
Sugar to taste
1 redonion
6-8 bird’s eye chili
Ingredients for Puri Bread:
2 cups /250g plain flour
1 tablespoon sugar
½ teaspoon salt
1 tablespoon cooking oil
1 tablespoon (piled) margarine
Water
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
0 Comments