watermark logo

8 Views· 16 September 2022

Kuih Ketayap Yang Lembut | Dadar Gulung

Advertisement

Advertise With Vidude


Indira5437
Subscribers

Hi Semua, Kali ni Che Nom nak kongsi satu lagi resepi kuih tradisi mudah iaitu kuih ketayap, yang gerenti sedap… wangi dan lembut walaupun disimpan lama, inti yang lembap manis secukup rasa. Kita perlu sediakan inti kelapa dulu, dari kelapa parut segar dan kemudian sediakan kulit kuih ketayap. Oleh kerana kulitnya yang lembut, ada tips yang Che Nom akan highlight sepanjang penyediaan video ni.
Di Indonesia, kuih ini lebih dikenali sebagai dadar gulung.

Kuali : Shogun Tanaka 28 cm Deep fry pan

TIPS:
1.Untuk kulit tak mudah koyak, boleh juga campur sedikit tepung ubi.
2.Inti kelapa boleh ditambah tepung gandum sikit kalau suka yg melekit dan bergumpal.
3.Untuk nak masak inti kelapa, boleh masak gula melaka dan air dulu bagi cair sebelum masuk kelapa parut. Che Nom tak masak dulu sbb guna gula nisan ori dari Marang, gula nya yg lembut dan cepat cair.

//Bahasa Melayu
----------------------------------
Bahan-bahan untuk inti kelapa:
1 biji kelapa parut
½ cawan gula melaka
sedikit air
½ cawan gula putih
1-2 helai daun pandan
½ sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk kulit kuih ketayap:
2 cawan tepung gandum
2 ½ cawan santan cair (ATAU 1 kotak kecil santan cairkan bagi jadi 2 1/2 cawan)
½ cawan jus pandan (kisar ½ cawan air bersama 5-6 helai daun pandan)
1 biji telur
½ sudu kecil pewarna hijau
2 sudu besar minyak masak
½ - 1 sudu kecil garam

//English
--------------------------
Ingredients for coconut filling:
1 grated fresh coconut
½ cup palm sugar
a little water
½ cup white sugar
1-2 screwpine leaves
½ tsp salt

Ingredients for kuih ketayap wrap:
2 cups plain flour
2 ½ cups thin coconut milk (Or 1 small pack instant coconut milk dilute with water to make 2 ½ cups loose mixture)
½ cup of screwpine juice (blend ½ cup of water with 5-6 screwpine leaves)
1 egg
½ tsp of green food coloring
2 tbsp of cooking oil
½ - 1 tsp salt

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #kuihtradisional

Show more


Up next

Advertisement

Advertise With Vidude


0 Comments