watermark logo

1 Views· 15 September 2022

Resepi Ayam Dengan Cili Kering Dan Biji Gajus Yang Power | iCookAsia

Advertisement


JordanGood
Subscribers

Istimewanya masakan ini kerana ayam ini dimasak dengan cili kering dan biji gajus. Resepi yang sesuai untuk makan tengahari atau makan malam.

Resepi:
Hidangan untuk 4 orang

600 g ayam tanpa tulang, potong kecil

Minyak untuk menggoreng

Untuk perasa
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam kasar
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak jagung

1/2 cawan kacang gajus

Untuk menggoreng
4 ulas bawang putih, dicincang
10 biji cili kering kecil, buang biji dan potong 2 cm panjang
2 sudu besar cili puri (lihat m/s 226)
2 cm halia, dihiris nipis
1 bunga lawang
Secubit lada hitam

2 tangkai daun bawang, potong 1 cm panjang

Untuk sos
1/4 cawan air
3/4 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
3/4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kicap
1/4 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Perasakan ayam dengan garam dan lada sulah. Kemudian masukkan tepung jagung dan minyak jagung. Ketepikan.
2. Goreng kacang gajus sehingga perang. Keluarkan dan toskan pada tuala kertas.
3. Panaskan 5 sudu besar minyak yang digunakan untuk kacang gajus dan goreng ayam selama 1 minit, kemudian angkat.
4. Panaskan semula minyak dan tumiskan bawang putih, kemudian masukkan cili kering, cili puri, halia, bunga lawang dan lada hitam.
5. Masukkan ayam, kemudian daun bawang.
6. Gaulkan bahan sos hingga sebati dan masukkan ke dalam ayam. Didihkan dan kemudian tutup api.
7. Masukkan kacang gajus. Sedia untuk dihidang.

#icookasia #food #ayamkeringciligajus

Want to be featured in our video? email us at partner@icookasia.com
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: sales@icookasia.com

Show more


Up next

Advertisement


0 Comments