watermark logo

0 Views· 16 September 2022

Sedapnya Daging Kicap Pedas Lain Dari Yang Lain

Advertisement

Advertise With Vidude


ValariePue
Subscribers

Assalamualaikum. Hari ni saya masak resepi daging kicap pedas. Rasa daging ni agak berbeza berbanding resepi daging kicap biasa kerana ada tambahan daun limau purut. Boleh pelbagaikan jenis sayuran di dalam resepi ni jika suka. Pastikan daging dihiris dengan nipis supaya lebih mudah untuk lembut. Dan jadikan masakan anda lebih berkhasiat dengan Kiub Pati Lembu Knorr yang kini diperkaya dengan zat besi. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:
300gm daging
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3-4 sudu besar cili kisar
1 batang serai
5-6 tangkai cili padi / cili besar
1/2 biji bawang holland
3-4 helai daun limau purut
1 batang bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1/2 batang carrot
1 biji tomato
1/4 cawan kicap manis
1 sudu besar sos cili
1 Kiub Lembu Knorr
400-500 ml Air

Cara-cara:

1. Tumis bawang dan rempah 3 sekawan sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan air secukupnya. Tunggu sehingga daging lembut.
4. Masukan serai, daun limau purut dan carrot. Gaul rata.
5. Masukkan kicap, sos tomato dan Kiub Lembu Knorr. Kacau sebati
6. Masukkan tomato, gaul rata. Siap.


Saiz Hidangan: 3-4 orang
Masa Persediaan: 15 min
Masa Memasak: 30 min
Tahap Memasak: Sederhana

www.nakmakanapa.com.my

#KnorrMalaysia #KnorrYourZatBesi #PesanIbu #KnorrAje #MasakCaraSihatKnorr #Knorr30Hari30Resepi

@KnorrMalaysia

#buatoranglapo

Subscribe 2nd Channel Buat Orang Lapo untuk behind the scene video - http://bit.ly/nazatul

Join this channel to get access to perks:
https://www.youtube.com/channe....l/UCdwV3w30mxpgm-M39

Instagram : http://bit.ly/insta-buatoranglapo
Facebook : http://bit.ly/fb-buatoranglapo
Twitter : http://bit.ly/twit-buatoranglapo .
.
Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee https://shp.ee/avd2zab

Show more


Up next

Advertisement

Advertise With Vidude


0 Comments