watermark logo

7 Views· 16 September 2022

Delicious Chicken Pot Pie & Easy Pie Crust Recipe | Pai Ayam & Kerak Pai Mudah

Advertisement


ValariePue
Subscribers

Chicken Pot Pie yang sedap dengan kerak yang sangat senang untuk dibuat. Chicken pot pie ni nampak macam susah nak buat tapi sebenarnya senang je. Bahan-bahannya pula terpulang kepada citarasa masing-masing nak letak apa. Yang penting mesti secukup rasa. Sebenarnya lebih sedap kalau gunakan stock ayam yang dibuat sendiri (saya guna yang segera je). Whipping cream pula boleh digantikan dengan susu penuh krim. Tapi rasa whipping cream lebih sedap berbanding guna susu. Biarkan ianya sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas pie. Boleh gunakan bekas pie yang besar dan bakar sehingga kekuningan bergantung kepada oven masing-masing.

Dalam video ni juga saya kongsikan cara untuk membuat pie crust ataupun kerak pai yang paling mudah. Pie crust ni boleh dibuat lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk sehingga 2-3 minggu. Ianya juga boleh digunakan untuk membuat pie yang lain seperti blueberry pie, apple pie dan sebagainya. Penggunaan telur dalam crust ni supaya ianya rasa lebih mewah. Jika tidak mahu menggunakan telur, boleh lebihkan air sejuk. Jangan letak terlalu banyak air untuk mengelakkan crust sukar untuk di uli. Selamat mencuba! 😊

P/S: Sapukan telur di atas pie sebelum dibakar (lupa tulis dalam video)

Kulit Pai :
2 1/2 Cawan Tepung Gandum
1 Sb Gula Aising
200gm Mentega (Sejuk)
1 Biji Telur
2-3 Sb Air Sejuk

Ayam :
250gm Ayam
Garam
Serbuk Lada Hitam

Inti :
3 Sb Mentega
1/2 Biji Bawang Holland
3 Ulas Bawang Putih
3 Sb Tepung Gandum
1 Cawan Kentang
1 Cawan Lobak Merah
1 1/2 Cawan Air
1 sk Herba Itali
1 sk Serbuk Lada Hitam
1 sk Garam
1 Cube Stok Ayam
1 Cawan Pea
1/2 Cawan Krim Putar Tenusu

_____________________________________________

Pie Crust :
2 1/2 Cup Wheat Flour
1 Tbsp Icing Sugar
200gm Butter (Cold)
1 Egg
2-3 Tbsp Cold Water

Chicken :
250gm Chicken
Salt
Black Pepper Powder

Filling :
3 Tbsp Butter
1/2 Holland Onion
3 Cloves Garlic
3 Tbsp Wheat Flour
1 Cup Potatoes
1 Cup Carrot
1 1/2 Cup Water
1 tsp Italian Herbs
1 tsp Black Pepper Powder
1 tsp Salt
1 Cube Chicken Stock
1 Cup Peas
1/2 Cup Dairy Whipping Cream




#buatoranglapo #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas

Help us grow by removing adBlock. You don't have to pay us but ads are paying for us. Ads won't hurt you but blocking ads will hurt us. #saynotoadblock

• Music
All Night by Ikson : https://www.soundcloud.com/ikson #buatoranglapo

Subscribe 2nd Channel Buat Orang lapo untuk behind the scene video - https://www.youtube.com/channe....l/UC1nYMoSpmlbbhvFVw

Join this channel to get access to perks:
https://www.youtube.com/channe....l/UCdwV3w30mxpgm-M39 .
.
Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee https://shp.ee/avd2zab

Show more


Up next

Advertisement


0 Comments