2 Views· 16 September 2022
Biskut Chocolate Chip Famous | Resepi Terbaik Sukatan Cawan dan Gram
Resepi biskut yang diadaptasi dari Che Anna Olson tapi telah diolah untuk memenuhi citarasa biskut untuk hidangan pada hari raya.
NOTA PENTING!!
-sejukkan 1 jam tu cuma Minimum, kalau peti sejuk yg slow mmg tak cukup 1 jam.. Kena lama. Pastikan sejuk keras dulu baru bake.
-Jangan terlebih pukul adunan nnti biskut kembang atau boleh jadi keras.
-guna baking soda BUKAN baking powder
-kalau nak buat kuih raya, buatkan kecil2 lebih sesuai
-sejukkan sampai dok set dan jadi sedikit keras sebelum bake
-jangan sesekali tambah tepung yg bnyk!
-bakar api atas bawah
-kena adjust ikut kepanasan oven masing2. Ada sesetengah oven jenis yg cepat panas dan biskut mudah hangus atau pembakaran tak sekata, kena adjust.
Bahan-Bahan:
1 cawan/227g mentega
1 cawan/225g gula castor
1 cawan/200g brown sugar
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
3 cawan/384g tepung gandum
1 1/4 sudu teh/8g baking soda
1/2 sudu teh/2.5g garam (jika guna unsalted butter)
2 cawan/350g semi sweet chocolate chips
1 cawan/140g badam cincang, bakar seketika
***Jika anda suka biskut yg kurang manis kurangkan gula kepada 3/4 cawan gula kastor dan 3/4 cawan gula perang
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
0 Comments