1 Views· 16 September 2022
Apam Gula Hangus Mudah Sukatan Cawan dan Gram
Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsikan salah satu resepi kuih traditional iaitu resepi kuih apam gula hangus. Resepi ni saya jumpa di Google dan nampak ada ramai yang dah mencubanya. So saya pun mencuba dan hasilnya sangat memuaskan. Saya sediakan resepi ni dalam sukatan cawan dan gram untuk memudahkan semua. Cara membuat apam ni sangat mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati. Selain guna mixer, boleh juga gunakan blender ataupun whisk untuk membancuh bahan-bahan. Boleh gunakan resepi ni untuk jualan atau makan sendiri. Untuk 1 adunan ni boleh dapat 26 biji kuih apam (saya guna acuan kuih lompang size L). Boleh juga gunakan loyang yang besar untuk mengukus kuih apam ni dan kukus selama 40-45 minit. Selamat mencuba! ☺️
-= Bahan-Bahan untuk Apam Gula Hangus =-
1 cawan (200 gm) Gula
1 cawan (250 ml) Air Panas
2 biji Telur
½ cawan (125 ml) Minyak Jagung
2 sb Mentega
2 sb Susu Pekat Manis
1 sk Soda Bikarbonat
1 sk Esen Vanila
1 ½ cawan (190 gm) Tepung Gandum
[English]
-= Ingredients =-
1 cup (200 gm) Sugar
1 cup (250 ml) Hot Water
2 Eggs
½ cup (125 ml) Corn Oil
2 tbsp Butter
2 tbsp Sweetened Condensed Milk
1 tsp Bicarbonate Soda
1 tsp Vanilla Essence
1 ½ cup (190 gm) Wheat Flour
#buatoranglapo
Subscribe 2nd Channel Buat Orang Lapo untuk behind the scene video - http://bit.ly/nazatul
Join this channel to get access to perks:
https://www.youtube.com/channe....l/UCdwV3w30mxpgm-M39 .
.
Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee https://shp.ee/avd2zab
0 Comments