6 Views· 16 September 2022
Karipap Rangup Inti Keledek | Ngam betul buat berbuka
Kali ni Che Nom nak share resepi karipap inti keledek yang rangup. Karipap memang sedap sangat makan waktu berbuka puasa kan. Cara nak buat untuk karipap mcm ni lebih mudah lah berbanding karipap pusing..bagi Che Nom karipap yg perfect lah kan, kulitnya mesti nipis dan rangup, kelim tepi nya halus tak tebal dan inti tu kena penuh..baru lah perfect. Ada satu bahan kali ni yang Che Nom masukkan dalam doh kali ni untuk dapatkan kulit yang rangup dan masih rangup bila sejuk. Inti keledek pula memang sedap manis, dan pedas berempah.
Anggaran: 35-40biji
Bahasa Melayu
------------------------------------------
Bahan-bahan untuk kulit karipap:
500g /4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
125ml /½ cawan minyak masak
28g /2 sudu besar majerin
250ml /1 cawan air (**ralat: abaikan 125ml di video)
1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk inti keledek:
1 kilo keledek oren
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
6-7 tangkai cili kering
45g /½ mangkuk ikan bilis
ATAU 3 sudu besar udang kering
½ cawan minyak masak
Rempah 3 sekawan (1 kayu manis, 3 cengkih, 2 bunga lavano)
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
Anggaran 2 sudu besar gula
Air secukupnya
2 sudu besar rempah kari ayam atau daging
Daun sup
English
----------------------------------------
Ingredients for crust:
500g /4 cups plain flour
2 tablespoons rice flour
125ml /½ cup cooking oil
28g /2 tablespoons margarine
250ml /1 cup water (**Error: ignore 125ml measurement in video)
1 teaspoon salt
Ingredients for sweet potato filling:
1 kilo sweet potato
2 red onions
4 cloves garlic
6-7 stalks dried chillies
45g /½ bowl dried anchovies
OR 3 tablespoons dried shrimp
½ cup cooking oil
3 spices (1 cinnamon, 3 cloves, 2 star anise)
2 stalk curry leaves
Salt to taste
Seasoning powder (if desired)
Approximately 2 tablespoons sugar
Enough water
2 tablespoons chicken or meat curry spices
Chinese parsley
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #karipap
0 Comments