0 Views· 16 September 2022
Ayam Goreng Rangup ala KFC | Set Coleslaw & Mashed Potato
Kali ni…Che Nom nak share resepi Ayam Goreng ala KFC lengkap dengan hidangan sampingan yang mesti ada, iaitu Coleslaw dan Mashed Potato.
Dalam video ni ada 5 bahagian kesemuanya, bermula dengan proses perapan ayam dengan bahan-bahan rempah untuk tekstur dan rasa isi ayam sedap, kemudian yg ke 2..penyediaan coleslaw yang rangup berlemak & sedap dimakan sejuk. Bahagian ke 3. Penyediaan mashed potato yang lembut dan creamy, dan juga cara penyediaan brown sauce untuk dihidang bersama kentang, yang ke 4, bahan-bahan untuk hasilkan tepung kering salutan ayam yang penuh dengan rasa rempah dan hasilnya sangat memuaskan dgn cuma guna bahan-bahan biasa ada di dapur aja. Dan last sekali yang ke 5, cara penyediaan ayam goreng KFC dari proses gaul, celup dan goreng. Ayam nya memang sangat rangup, dan isi ayam pun lembut dan moist aja..terasa perapan tu bila makan.
NOTA: Untuk serbuk seasoning boleh gunakan apa-apa jenama macam Sedap, Cukup Rasa, Hilal atau pilihan yang no MSG seperti serbuk mushroom seasoning
//Bahasa Melayu
-------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk ayam perap:
1 ekor ayam
2 ulas bawang putih
½-1 inci halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk paprika
½ sudu besar serbuk seasoning
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ cawan air
Bahan untuk tepung goreng:
3 ½ cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar serbuk seasoning
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
Bahan-bahan untuk coleslaw:
1 mangkuk besar hirisan kubis
½-1 batang lobak merah
3-4 sudu besar mayonis
Sedikit jus lemon
Secubit garam
Sedikit gula
1-2 sudu besar susu full cream
Bahan-bahan untuk kentang putar:
4 ketul /600g kentang
Air untuk rebusan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil mentega
Secubit garam
Sedikit susu full cream
Bahan-bahan untuk sos perang:
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 kiub pati lembu atau ayam
2 cawan air
Sedikit kicap (untuk warna, letak sikit aja ok! Nanti jadi kuah kicap pulak)
½ sudu kecil serbuk lada hitam
//English
-------------------------------------------
Ingredients for marinated chicken:
1 chicken
2 cloves garlic
½-1 inch ginger
1 tablespoon coriander powder
½ teaspoon black pepper powder
1 teaspoon curry powder
1 teaspoon paprika powder
½ teaspoon seasoning powder
½ teaspoon salt
½ teaspoon white pepper powder
½ cup water
Ingredients for fried flour:
3 ½ cup plain flour
1 cup cornstarch
1 tablespoon curry powder
1 tablespoon chili powder
1 teaspoon fine salt
1 tablespoon seasoning powder
1 teaspoon black pepper powder
1 teaspoon white pepper powder
1 tablespoon coriander powder
1 teaspoon bicarbonate of soda powder
Ingredients for coleslaw:
1 large bowl chopped cabbage
½-1 carrot
3-4 tablespoons mayonnaise
A little lemon juice
A pinch of salt
A little sugar
1-2 tablespoons full cream milk
Ingredients for mashed potatoes:
4 piecess /600g potatoes
Water for boiling
1 teaspoon salt
1 teaspoon butter
A pinch of salt
A little full cream milk
Ingredients for brown sauce:
2 tablespoons butter
1 tablespoon plain flour
1 beef or chicken stock cube
2 cups water
A little soy sauce (for darker color, don’t put too much ok!)
½ teaspoon black pepper powder
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#ayamkfc #resepichenom
0 Comments