1 Views· 15 September 2022
Resepi Botok-Botok Ikan Tenggiri Berempah | Chef Zamri | Try Masak | iCookAsia
Advertisement
Botok-botok Tenggiri Berempah adalah resipi yang terkenal terutamanya dari negeri Johor. Ianya bercirikan gabungan rempah-rempah yang menghasilkan satu rasa yang berbeza daripada botok-botok versi negeri lain.
Aroma botok-botok ini cukup menyelerakan apalagi dimakan begitu saja kerana daun- daunnya saja memang mempunyai khasiat yang tersendiri.
Dapatkan resipi penuh Botok-botok Tenggiri Berempah di: http://www.icookasia.com/botok....-botok-tenggiri-bere
Resepi istimewa ini dibawakan oleh Chef Zamri: http://www.icookasia.com/chef-zamri/
Bahan-bahan
3 keping Ikan Tenggiri
Pelbagai jenis ulam-ulaman
Minyak untuk menumis
Bahan (A)
2 biji Bawang Bombay (saiz sederhana)
3 ulas Bawang Putih
2 batang Serai
3-4 biji Cili Padi
½ inci Belacan (dibakar)
½ inci Kunyit Hidup
½ inci Halia
1 sudu besar Rempah Kari Ikan
2 sudu besar Rempah Briyani
Air secukupnya
Bahan (B)
½ cawan Santan
1 sudu besar Gula Merah
2 sudu besar Jus Perahan Limau Nipis
Garam secukupnya
Bahan lain
Daun pisang, setiap satu besaiz 10 inci x 10 inci (25cm x 25cm)
Lidi secukupnya
Cara membuat
Membuat pes rempah -
1. Semua bahan (A) dipotong kasar dan dikisar halus dengan sedikit air.
2. Kemudian tumiskan semua bahan yang dikisar tadi sehingga “pecah minyak”
3. Seterusnya masukkan santan, gula merah, jus perahan limau nipis dan dikacau sehingga agak sedikit pekat dan perasan dengan garam secukupnya.
Membungkus –
1. Panaskan kukusan
2. Sementara itu ambil sehelai daun pisang yang telah dibersihkan dan dilayurkan diatas api.
3. Letak diatas daun pisang tersebut dengan segenggam campuran ulam-ulaman.
4. Kemudian letakkan lebih kurang 1 sudu besar pes rempah diatas ulam-ulaman tadi.
5. Seterusnya letak sekeping ikan tenggiri. Sapu lagi pes rempah atas ikan dan letakkan lagi seggenggam ulam-ulaman.
6. Kemudian bungkus kemas dan sematkan dengan lidi seperti membungkus tapai.
7. Ulang langkah 2-6 untuk kepingan tenggiri berikutnya.
Kukus semua bungkusan sehingga ikan masak (lebih kurang 20-25 minit)
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Up next
Advertisement
0 Comments