4 Views· 16 September 2022
Keria Gula Melaka, Resepi Asli Meniaga.
Kali ni Che Nom cuba masak makanan famous dari negeri Melaka, iaitu keria gula melaka. Resepi asal diambil dari perkongsian Youtube Cik CT Norain. Memang teliti betul diajar dalam tu, siap resepi meniaga lagi. Terus jadi faham nak buat. Che Nom guna keledek oren, sebab senang nak dapat. Kita kena kupas, rebus smpai lembut dan lenyek halus. Kemudian gaul dengan tepung.
Ada bnyk tips dalam video ni dari nak bentuk dan goreng pun kena ada teknik nya. Kalau kita ikut InsyaAllah menjadi bulat kembung elok tak perlu pakai penaik pun. Bagi Che Nom part yang paling mencabar ialah, salutan gula. Ada juga diselitkan sedikit penerangan tentang jenis gula yang boleh kita gunakan. Memang sedap resepi ni.
// Bahasa Melayu
-------------------------
Bahan-bahan keria:
1 kilo keledek oren
Air secukupnya
1 sb garam
2 cawan tepung gandum
Bahan-bahan salutan gula:
1 cawan air
250g gula melaka
4 sb atau 1/2 cawan gula putih
1 sb gula batu (pilihan)
1 sb minyak masak
// English
-------------------------
Keria ingredients:
1 kilo sweet potato
Enough water
1 tbsp salt
2 cups plain flour
Sugar coating ingredients:
1 cup water
250g palm sugar
4 tbsp or 1/2 cup white sugar
1 tbsp rock sugar (optional)
1 tbsp cooking oil
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
0 Comments