2 Views· 16 September 2022
Kek Pisang Gebu Guna Blender | Edisi Niaga
Kali ni Che Nom kembali dengan Edisi Niaga, berkongsi resepi kek pisang klasik yang tak jemu dimakan dan tak lapok dek zaman. Cara penyediaan kek pisang ni agak mudah sebenarnya, boleh adun guna blender aja. Dan Che Nom akan kongsi resepi untuk hasilkan kek pisang yang lembab, gebu dan lembut. Ada sedikit perbezaan dari resepi asal yang Che Nom pernah share dulu, yang penting lah untuk dapatkan rasa kek pisang yang premium.
NOTA:
Harga kos bahan untuk kek pisang adalah dikira mengikut sukatan resepi. Contoh kalau satu ketul butter RM6, kalau guna separuh Che Nom akan kira jumlah RM3 dalam kiraan kos.
Untuk butter dan minyak, Che Nom kira berdasarkan butter yang bukan kategori ‘pure butter’ dan juga minyak masak biasa, bukannya harga minyak sayuran premium.
Kalau kita gunakan bahan premium, harga kos akan meningkat dan harga jualan juga perlu dinaikkan seiring dengan harga kenaikan kos.
Jadi kita boleh pilih premium atau tidak mengikut target market jualan produk kita.
//Bahasa Melayu
----------------------------------
Bahan-bahan:
½ cawan /100g gula kastor
½ cawan /110g gula perang
***boleh kurangkan gula jika suka kurang manis
4 biji telur saiz B (kalau saiz A 3 biji)
½ cawan /125g mentega
½ cawan /125g minyak sayur
4 biji pisang (saiz sederhana) atau 1 cawan pisang lecek
1 sudu kecil esen vanila
½ sudu kecil garam (jika guna mentega tak bergaram)
1 ½ cawan / 190g tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 ½ sudu kecil baking powder
//English
----------------------------------
Ingredients:
½ cup /100g caster sugar
½ cup /110g brown sugar
***reduce sugar if prefer less sweet
4 eggs size B ( 3 eggs for size A)
½ cup /125g butter
½ cup /125g vegetable oil
4 banana (medium size) or 1 cup mashed bananas
1 teaspoon vanilla essence
½ teaspoon of salt (if using unsalted butter)
1 ½ cup / 190g plain flour
1 teaspoon baking soda
1 ½ teaspoon baking powder
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
0 Comments