watermark logo

0 Views· 16 September 2022

Kuih Kasturi, Lemak manis rangup (Kuih Kacang Hijau)

Advertisement


Indira5437
Subscribers

Kita buat kuih tradisi kali ni dan Che Nom nak share resepi Kuih Kasturi, nama lain ialah kuih kacang hijau, atau kuih rengas. Nak buat kuih ni agak renyah atau remeh juga pada mulanya tapi kita boleh frozenkan, itu yang bagus.

Proses nya mula-mula kacang hijau kita rendam dan rebus sampai lembut dan hancur. Che Nom tambah rasa manis dengan 2 jenis gula iaitu gula melaka dan gula putih. Untuk lemakkan dan sedapkan rasa kuih, kita tambah kelapa parut dan masak smpai jadi pes pekat bentukkan.

Kemudian goreng dengan adunan tepung salut yang rangup hasilnya. Kalau buat minum petang pun sedap juga nih.

// Bahasa Melayu
------------------------
Bahan-bahan:
500g kacang hijau
4 sb gula melaka
1 cawan gula putih
1 cawan kelapa parut
Sedikit garam
1 cawan tepung gandum

Bahan-bahan tepung goreng:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sb majerin
1 biji telur (**kalau nak gandakan adunan tepung tak perlu gandakan telur..1 biji dah cukup)
1-2 sk garam
Sedikit pewarna kuning
1 sb bancuhan air kapur

// English
------------------------
Ingredients:
500g Mung bean
4 tbsp palm sugar
1 cup granulated sugar
1 cup grated coconut
A little bit salt
1 cup plain flour

Fried batter ingredients:
1 cup rice flour
1/2 cup corn flour
1/2 cup plain flour
1 tbsp margarine
1 egg
1-2 tsp salt
A little bit yellow food dye
1 tbsp lime water


Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Show more


Up next

Advertisement


0 Comments