3 Views· 16 September 2022
Kuih Tiram Tak cukup sebalang! Kuih Lidah buaya, Kuih Kapal Terbang
Kali ni Che Nom nak buat kuih yang boleh dikatakan kategori kudap kudapan, kuih tiram atau kuih kapal terbang, kuih lidah buaya, kuih bujang lapok pun ada yang panggil, dan satu lagi namanya ialah kuih lidah jin. Macam mana boleh dapat nama itu pun tak pasti.
Bahan-bahan nak buatnya mudah aja. Kita adun doh dari tepung gandum, kemudian sapu rata dengan gris yang dibuat sendiri. Seterusnya kita gulung dan leperkan. Bila goreng nanti hasilnya akan jadi lapis-lapis yang berongga dan rangup. Kuih ni wajib disalut dengan gula, dan kalau buat kudap kudapan, sebalang boleh habis makan sorang. Sedap dan bahayaaa.
Kena sembunyi tau :)
// Bahasa Melayu
-----------------------
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
2 sb majerin
1 sk garam
3/4 cwn /187ml air
1 cwn / 250ml air (tambahan)
Gula pasir
Bahan-bahan gris:
1/2 cawan tepung jagung
Minyak masak secukupnya
// English
-----------------------
Ingredients:
500g plain flour
2 tbsp margarine
1 tsp salt
3/4 cup / 187ml water
1 cup / 250ml water (additional)
Granulated sugar
Grease ingredients:
1/2 cup corn flour
Adequate cooking oil
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
0 Comments