watermark logo

4 Views· 15 September 2022

Resepi Rempeyek | Kuih Tradisional | Try Masak | iCookAsia | Kuih Raya

Advertisement


JordanGood
Subscribers

Resepi ini wajib anda tonton dan simpan! Bukan mudah untuk mendapat video resepi rempeyek. Sangat enak dimakan sebagai kudapan ringan.

Dapatkan resipi penuh Rempeyek di: http://www.icookasia.com/rempeyek/

Mencari kuali dan peralatan memasak? Dapatkannya disini: http://ho.lazada.com.my/SHcKCm

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras
2 cawan santan cair
1 biji telur
1 cawan kacang tanah
1 cawan ikan bilis
1 sudu kecil air kapur
Garam secukupnya
Minyak utk menggoreng
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
½ sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar ikan bilis

Cara membuat

1. Mula-mula masukkan jintan putih, jintan manis, biji ketumbar dan ikan bilis ke dalam mesin pengisar kering. Kisar sedikit kasar.

2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi tepung beras bersama garam, air kapur, telur dan santan. Kacau sehingga sebati.

3. Selepas itu tuangkan sedikit adunan ke atas acuan yang telah dipanaskan di dalam minyak panas. Letakkan sedikit kacang tanah dan ikan bilis di atasnya.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga garing dan ia tertanggal dari acuan dengan sendirinya. Rempeyek sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Show more


Up next

Advertisement


0 Comments